Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tingkat kesiapsiagaan hadapi musim hujan – Lee Kim Shin
  • Utara
  • WILAYAH

Tingkat kesiapsiagaan hadapi musim hujan – Lee Kim Shin

Utusan Sarawak 4 hours ago
TERIMA KASIH… Dato Sri Lee Kim Shin (enam kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil agensi yang terlibat pada majlis Apresiasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri semalam.

MIRI: Semua agensi berkaitan digesa meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi musim hujan yang dijangka tiba dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, tahap kewaspadaan perlu dipertingkatkan oleh semua pihak termasuk komuniti setempat bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku banjir, tanah runtuh atau insiden tidak dijangka.

“Reaksi yang cepat dalam tempoh emas amat penting untuk mengurangkan risiko serta meminimumkan kerugian,” katanya.

Kim Shin berkata demikian semasa berucap pada majlis Apresiasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri di sini semalam.

UNTUK ALBUM… Dato Sri Lee Kim Shin (meja depan, lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama yang lain pada majlis Apresiasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri semalam.

Beliau yang juga menteri bertanggungjawab terhadap JPBB Miri turut meminta pihak berkuasa mengenal pasti lebih awal kawasan berisiko tinggi, termasuk ‘titik hitam’ banjir dan lokasi berpotensi berlakunya tanah runtuh.

“Dengan pemetaan risiko yang jelas, tindakan mitigasi dan pencegahan dapat dilaksanakan lebih awal seperti pemantauan paras air, pemasangan sistem amaran awal, kerja penstabilan cerun serta penyediaan pelan pemindahan alternatif,” katanya.

Beliau  menegaskan bahawa pencegahan sentiasa lebih baik daripada tindak balas selepas kejadian, justeru langkah awal mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa serta mengurangkan kerosakan pada masa hadapan.

Dalam pada itu, beliau berkata aspek pemulihan pasca bencana juga perlu diberi perhatian serius oleh semua agensi.

“Saya mahu JPBB dan agensi berkaitan bertindak secara proaktif dan pantas dalam kerja-kerja pemulihan. Jalan runtuh, infrastruktur rosak dan sistem perhubungan yang terputus perlu diuruskan segera,” jelasnya.

Tambah beliau, pemulihan yang cepat bukan sahaja membantu rakyat kembali menjalani rutin harian, malah memulihkan keyakinan masyarakat bahawa bantuan kerajaan disalurkan tepat pada masanya.

Kerjasama erat antara  Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengaliran Dan Saliran, (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan agensi lain, tegasnya, merupakan kunci utama memastikan proses pemulihan berjalan lancar, sistematik dan berkesan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bantuan katil pesakit ringankan beban dua warga emas 
Next: Tiong tekankan profesionalisme media di era AI dan teknologi maju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.