Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Tingkat kesedaran pencegahan, pengurusan, pengesanan diabetes
  • KESIHATAN

Tingkat kesedaran pencegahan, pengurusan, pengesanan diabetes

Utusan Sarawak 2 months ago
SESI ZOOM… Kecanggihan teknologi pada masa kini telah membolehkan Kempen Kesedaran Diabetes Peringkat Negeri 2025 dilancarkan secara serentak di Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri melalui sesi zoom dimana di Sibu ianya dihadiri oleh Tiong Kiong King, Dr Teh Jo Hun dan Prof Dr Mohamad Raili Suhaili serta yang lain.
PEMERIKSAAN BMI… Salah seorang yang mengambil berat akan soal kesihatan dirinya melalui pemeriksaan Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan secara percuma pada Kempen Kesedaran Diabetes Peringkat Negeri 2025.

DIABETES Malaysia Cawangan Daerah Sibu telah memulakan kempen kesedaran diabetes untuk 2025 dengan meneruskan komitmennya untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan, pengurusan dan pengesanan awal di dalam masyarakat baru-baru ini.

Menurut kenyataan media daripada Diabetes Malaysia Cawangan Daerah Sibu, kempen tahun ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang lebih besar, di seluruh negeri yang diterajui oleh Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak, yang mana program komprehensif tersebut telah dilancarkan secara serentak di Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

Katanya, Kkempen tersebut dirasmikan melalui Zoom oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, yang juga Menteri Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Kempen sepanjang tahun dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma, menawarkan masyarakat peluang penting untuk memantau kesihatan mereka.

“Ia juga termasuk pameran diabetes yang menarik, yang direka untuk mendidik para peserta mengenai risiko, strategi pencegahan, dan pengurusan diabetes serta kaunseling diabetes satu-satu di mana peserta boleh menerima nasihat dan sokongan pakar,” katanya.

UTAMAKAN KESIHATAN… Orang ramai mendaftar diri mereka untuk pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Katanya, ahli-ahli Diabetes Malaysia Cawangan Daerah Sibu bekerjasama rapat dengan pelajar perubatan dan doktor dari Fakulti Perubatan, Kejururawatan dan Sains Kesihatan Segi University, serta profesional penjagaan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu.

“Usaha kerjasama ini mencerminkan misi kempen untuk menyatukan masyarakat dalam memerangi diabetes.

KESEDARAN TINGGI… Salah seorang petugas memeriksa tekanan darah salah seorang yang mempunyai kesedaran tinggi betapa tingginya nilai kesihatan yang baik.

“Objektif utama kempen adalah untuk menggariskan kepentingan kritikal pengesanan awal melalui pemeriksaan kesihatan yang kerap, dan untuk menyediakan masyarakat dengan pendidikan yang komprehensif untuk mencegah dan menguruskan diabetes dengan berkesan,” katanya.

Antara yang hadir, Pengerusi Diabetes Malaysia Cawangan Daerah Sibu Tiong Kiong King, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun dan Dean Fakulti Perubatan Universiti Segi, Prof Dr Mohamad Raili Suhaili.
Oleh Raihan Omera Kausar

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Keperluan kemudahan kanser di Sarawak semakin mendesak
Next: Komitmen tinggi semua pihak dalam tingkat kesedaran kanser serviks

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.