Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tingkat jumlah destinasi terus melalui pembesaran landasan
  • Utara
  • WILAYAH

Tingkat jumlah destinasi terus melalui pembesaran landasan

Utusan Sarawak 2 months ago
KONGSI REZEKI… Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf pada Program Saberkas Prihatin 2025 di Limbang, semalam.

LIMBANG: Lebih 40 ribu penduduk di sini berharap agar penerbangan terus ke Kuala Lumpur dapat dilakukan susulan projek pembesaran landasan Lapangan Terbang Limbang, yang bakal dilaksanakan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata projek pembesaran landasan tersebut kini dalam peringkat tender.

Beliau menjelaskan, projek di bawah kerajaan negeri itu akan membolehkan pendaratan pesawat lebih besar sekali gus meningkatkan jumlah destinasi penerbangan secara terus.

Setakat ini, landasan tersebut hanya mampu memuatkan pesawat jenis ATR, twin otter dan fokker 50, namun ia akan dipanjangkan sepanjang 500 meter lagi bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat.

“Projek pembesaran landasan Lapangan Terbang Limbang dalam peringkat tender dan apabila siap kelak, kapal terbang besar dapat mendarat di Limbang.

“Apabila ia siap nanti, kapal terbang besar akan dapat mendarat dan lebih banyak destinasi kita akan pergi dan kita berharap penerbangan secara terus akan diwujudkan daripada Limbang, sekurang-kurangnya ke Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Prihatin 2025 Siri 2 di Lot 777, semalam.

Turut hadir, Wali Kota Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menjelaskan bahawa syarikat penerbangan milik Sarawak, iaitu AirBorneo akan memberi manfaat kepada rakyat kerana ia memberikan tumpuan kepada harga tiket mampu milik dan berpatutan untuk rakyat.

Katanya, fokus tersebut adalah sejajar dengan komitmen negeri bagi menyediakan harga tiket yang lebih murah supaya lebih ramai rakyat boleh menikmati penerbangan tanpa beban kewangan.

Selain itu, menyentuh tentang insiden serangan buaya membabitkan seorang penduduk di Limbang baru-baru ini, beliau menasihati penduduk yang mendiami kawasan pesisir sungai agar terus meningkatkan keselamatan ketika berada di sungai.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Agihan sumbangsih Raya cerminan kebersamaan anggota sambut Aidilfitri
Next: Bekerjasama pastikan sungai bersih, selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.