Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tindakan terhadap peniaga, penerima SKAS jika beri wang tunai
  • SEMASA

Tindakan terhadap peniaga, penerima SKAS jika beri wang tunai

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Tindakan tegas boleh diambil sekiranya peniaga (merchant) didapati menukarkan bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada wang tunai.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), antara tindakan yang boleh diambil ialah membatalkan lantikan peniaga sebagai penyedia perkhidmatan S Pay Global – SKAS.

“Bagi penerima pula mereka boleh disenarai hitam daripada menerima bantuan pada masa akan datang,” kata UKAS melalui kenyataan hari ini.

SKAS adalah satu inisiatif baharu bantuan kewangan kerajaan Sarawak bertujuan meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.

Jabatan Premier Sarawak dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan seramai 1,200 peniaga di seluruh negeri sudah didaftar sebagai merchant SKAS. 

Penerima SKAS boleh berbelanja di merchant SKAS.

Sehingga kini, seramai 886,288 penerima SKAS yang layak. 

Bantuan adalah secara ‘one off’ dengan nilai RM800 bagi isi rumah, RM250 bagi individu bujang dan RM400 bagi warga emas tiada pasangan.

Bagaimanapun, laporan di sesetengah media sosial mendakwa ada perniaga menukar kepada wang tunai RM800 dengan caj sehingga RM50.

Continue Reading

Previous: Lebih 400 pemimpin Lions hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Lions ASEAN 2025
Next: Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.