Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • ASP, Sarjan antara ditahan positif dadah
  • JENAYAH

ASP, Sarjan antara ditahan positif dadah

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri (tengah) pada sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di bawah Sek 39B ADB 1952 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini. Turut bersama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Mancha Ata (kiri) dan Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana anggotanya jika terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan termasuk menyeludup dadah, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

 “Siasatan dalaman dan tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap tiga anggota polis berpangkat ASP, Sarjan dan Lans Koperal berumur 45 hingga 49 tahun antara 152 suspek ditahan positif dadah di sebuah pusat hiburan Padungan.

“Polis tidak mengamalkan ‘pilih kasih’ dalam usaha memerangi kegiatan dadah secara habis-habisan. Tindakan akan diambil, tiada pilih kasih…sama sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di bawah Sek 39B ADB 1952 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Seramai 204 individu terdiri daripada warga tempatan dan asing diperiksa dan 152 termasuk tiga  anggota polis antara suspek ditahan positif dadah dalam serbuan di salah sebuah pusat hiburan di  Padungan, 25 Jun lalu sekitar 1.20 hingga 6.00 petang.

Kesemua suspek ditahan iaitu 181 warga tempatan melibatkan 122 lelaki dan 59 perempuan selebihnya 23 perempuan warga asing dari Thailand, Indonesia, Vietnam dan China (14 daripada mereka positif dadah) berusia 19 hingga 54 tahun.

Kegiatan sindiket didalangi warga asing dan tempatan itu terbongkar susulan penahanan lapan individu dipercayai pengedar dadah menerusi operasi dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi serbuan itu, Polis Kontinjen Sarawak dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang melibatkan rampasan dan sitaan harta bernilai RM1.4 juta.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Tiga anggota polis antara 152 individu ditahan positif dadah
Next: Peniaga rugi RM231,792 angkara tukang tilik palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.