Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tindakan tegas pasang bendera terbalik
  • NASIONAL

Tindakan tegas pasang bendera terbalik

Utusan Sarawak 5 years ago

BUTTERWORTH, 23 Ogos -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya (tengah) ketika beramah mesra dengan peserta konvoi pada Program Merdeka@Komuniti Peringkat Parlimen Tasek Gelugor hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

BERAMAH MESRA …Datuk Shabudin Yahaya (tengah) ketika beramah mesra dengan peserta konvoi pada Program Merdeka@Komuniti Peringkat Parlimen Tasek Gelugor semalam. • Foto BERNAMA

BUTTERWORTH: Kerajaan akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana pihak atau individu yang sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik kerana ia merupakan pengkhianatan terbuka kepada negara tercinta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Shabudin Yahya berkata perbuatan memasang Jalur Gemilang terbalik atau merosakkan bendera yang dilihat masih berlaku ketika ini sebenarnya lebih daripada sekadar suatu tingkah laku buruk dan tidak bermoral.

“Perbuatan tersebut sebenarnya boleh dianggap sebagai satu ideologi yang cuba disebarkan oleh individu atau kumpulan tertentu ketika ini dan ia amat bercanggah dengan hasrat kita untuk terus mendaulatkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Merdeka@Komuniti anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang dengan kerjasama pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Bagan Ajam di sini, semalam.

Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor pada program itu turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada sekolah, masjid, organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan serta menyampaikan sumbangan bantuan barangan keperluan kepada penduduk kurang berkemampuan di kawasan Bagan Ajam.

 Mengulas lanjut, Shabudin berkata kerajaan tidak akan berkompromi dan bersedia untuk mengambil sebarang tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja berbuat demikian kerana ia disifatkan seperti pengkhianatan terhadap kedaulatan negara.

“Kalau perbuatan itu dibiarkan, mungkin akan sampai ke suatu tahap yang lebih meruncing kepada institusi negara, jadi kita tidak akan membiarkan pengkhianat-pengkhianat ini menyebarkan ideologi mereka kerana ia jelas menyalahi prinsip kedaulatan negara yang kita junjung selama ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang Lim Ann Teck yang turut hadir pada majlis itu berkata pelbagai program dianjurkan pihaknya sepanjang bulan ini bagi menyambut bulan kebangsaan dalam usaha meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat setempat. 

Katanya sehingga kini, pihaknya telah melaksanakan hampir 90 peratus daripada keseluruhan 120 aktiviti yang dirancang bersempena program Merdeka@Komuniti dan ‘Information on Wheel’ (IOW) sepanjang sambutan bulan kebangsaan ini.

“Semua aktiviti yang kami jalankan juga mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan masih mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai,” katanya.– Bernama 

Continue Reading

Previous: Polis rampas dadah bernilai RM2.6 juta
Next: Kuarantin: Menteri tidak terkecuali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.