
KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pemandu yang gagal mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar, selaras dengan usaha memperkukuh budaya keselamatan jalan raya.
Menurut kenyataan JPJ baru-baru ini, pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan berkenaan.
Pemakaian tali pinggang keledar bukan sekadar tuntutan undang-undang, tetapi langkah penting yang mampu menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku kemalangan.
Orang ramai turut dinasihatkan agar memastikan tali pinggang keledar dipasang sebelum enjin dihidupkan dan kenderaan mula bergerak sebagai langkah awal melindungi diri serta penumpang lain.
JPJ Sarawak menegaskan bahawa amalan berkenaan perlu dijadikan budaya keselamatan harian dan tanda tanggungjawab terhadap keselamatan diri serta keluarga.
Oleh Amanda L