Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tindakan tegas langgar SOP
  • TEMPATAN

Tindakan tegas langgar SOP

Utusan Sarawak 4 years ago

BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) diperketatkan bagi menangani masalah peningkatan kes Covid-19 di bahagian itu.

Demikian kata Menteri bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBBB), Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom dalam satu kenyataan semalam merujuk kepada pematuhan SOP di bahagian itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (SOP Diperketatkan) dikuatkuasakan pada Rabu lepas.

Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, beliau rasa tidak berpuas hati terhadap pematuhan SOP oleh segelintir masyarakat yang telah menyukarkan petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian Covid-19 dan melakukan pemantauan.

Pada 13 April lalu, JPBB Bintulu mengumumkan bahawa Bahagian Bintulu dikenakan PKPB (SOP Diperketatkan ) selama 14 hari, bermula 14 sehingga 27 April ini berikutan jumlah kes Covid-19 meningkat secara mendadak kebelakangan ini.

Dalam SOP baharu itu, semua premis termasuk premis makanan dibenarkan untuk dibuka bermula 6.00 pagi hingga 8.00 malam namun premis makanan hanya dibenar menawarkan perkhidmatan makanan secara bungkus sahaja termasuk perkhidmatan penghantaran.

Bagi stesen minyak pula, ia juga dibenar beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari sementara farmasi dibenarkan dibuka bermula 6.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari kerana ia merupakan perkhidmatan perlu.

Selain itu, mulai Sabtu lalu, Sekatan Jalan Raya (SJR) di empat lokasi berbeza di sekitar Bintulu juga dilakukan bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan penduduk setempat.

Oleh CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: EMPAT KAWASAN PKPD
Next: Murid boleh ‘tangkap’ guru tidak patuhi SOP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.