Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tindakan segera atasi longkang tersumbat di Pusat Komersial Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Tindakan segera atasi longkang tersumbat di Pusat Komersial Miri

Utusan Sarawak 5 hours ago
TINJAU… Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.219 Miri, Chaw Zhe Jian, turun padang meninjau sendiri keadaan longkang tersumbat.

MIRI: Masalah longkang tersumbat yang menjejaskan kawasan Pusat Komersial Boulevard dan Pusat Komersial Pelita di sini mendapat perhatian segera apabila Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.219 Miri, Chaw Zhe Jian, turun padang meninjau keadaan itu sendiri semalam.

Menurut Chaw, beliau menerima aduan daripada penduduk dan peniaga berhubung longkang yang tersumbat dengan sampah sehingga mengeluarkan bau tidak menyenangkan serta mengganggu aliran air.

“Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian penduduk dan peniaga, malah boleh mendatangkan risiko kebersihan serta kesihatan awam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Susulan aduan itu, beliau hadir ke lokasi sekitar 7.00 pagi untuk meninjau situasi sebenar dan mendapati keadaan longkang berada pada tahap serius, dipenuhi sampah dan air bertakung, sekali gus mencemarkan persekitaran.

Sehubungan itu, Chaw berkata beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa serta jabatan berkaitan dan menggesa agar kerja-kerja pembersihan dan pemulihan longkang dilaksanakan dengan segera.

“Saya akan terus memantau tindakan susulan bagi memastikan masalah ini diselesaikan secara menyeluruh demi keselesaan dan kesejahteraan warga Miri,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru orang ramai agar memainkan peranan menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata dan menggunakan kemudahan yang disediakan.

“Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan bandar Miri kekal bersih, selesa dan selamat untuk didiami,” tambahnya.

Beliau menegaskan komitmennya untuk terus memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan kehidupan seharian rakyat, mendengar aduan dengan serius serta bertindak secara nyata demi kepentingan penduduk setempat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ops Gempur JPJ Mukah: 142 kenderaan persendirian dan perdagangan telah diperiksa
Next: Kanak-Kanak 7 tahun hilang di Bau berjaya ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.