Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tindakan Petronas ke mahkamah cabar undang-undang Sarawak – Pemuda PBB
  • TEMPATAN

Tindakan Petronas ke mahkamah cabar undang-undang Sarawak – Pemuda PBB

Utusan Sarawak 8 hours ago
KETUA Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Datuk Martin Ben

KUCHING: Tindakan Petronas memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung undang-undang yang mengawal operasinya di Sarawak disifatkan sebagai satu cubaan untuk menjejaskan serta memintas rangka kerja perundangan negeri ini.

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Datuk Martin Ben, berkata langkah syarikat minyak dan gas nasional itu boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk menggugat peraturan Sarawak yang mengawal selia industri minyak dan gas di negeri ini.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai membimbangkan, terutama ketika kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan telah mengadakan pelbagai sesi libat urus berterusan dengan matlamat membangunkan sektor minyak dan gas negeri secara bersama.

“Walaupun mahkamah merupakan saluran terbaik untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang, perbezaan pandangan berkaitan rangka kerja perundangan Sarawak seharusnya diselesaikan melalui perbincangan berterusan.

“Bukan sahaja antara Petronas dan Petros, malah di peringkat tertinggi antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Martin berkata semua pihak yang menjalankan perniagaan di Sarawak wajib mematuhi undang-undang negeri, dan prinsip tersebut turut terpakai kepada Petronas tanpa pengecualian.

Beliau turut mengingatkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menerima dan mengiktiraf Petros sebagai pengagregat gas selepas melalui proses perbincangan yang panjang, malah pengiktirafan itu pernah dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri.

“Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan juga telah menandatangani deklarasi bersama pada Mei 2025, yang mencapai persefahaman untuk mengiktiraf undang-undang Sarawak,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan sama ada keputusan Petronas untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah dibuat dengan persetujuan, kelulusan serta sokongan Kerajaan Persekutuan.

Martin menegaskan bahawa sebuah syarikat minyak dan gas nasional tidak seharusnya bertindak secara unilateral sehingga mengabaikan sensitiviti serta kerumitan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kerana tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai campur tangan Persekutuan terhadap hak Sarawak.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa rangka kerja perundangan Sarawak yang mengawal selia industri minyak dan gas berasaskan undang-undang yang kukuh serta disahkan oleh sejarah.

“Hak Sarawak tidak boleh dipersoalkan atau dirundingkan. Kami akan terus berdiri teguh bersama Premier Sarawak dalam mempertahankan hak negeri ini dan yakin Sarawak akan mengharungi cabaran ini serta muncul lebih kuat,” katanya.

Continue Reading

Previous: Industri Asas Tani perlu beralih kepada model industri berorientasikan hasil – Rundi Utom

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.