Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas penghuni halang kebakaran
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas penghuni halang kebakaran

Utusan Sarawak 12 hours ago

PADAM KEBAKARAN… Anggota bomba membuat ‘overhaul’ di lokasi selepas kebakaran satu bilik tidur milik sebuah keluarga di Rumah Panjang Edwin Jalan Takan Kebiau berjaya dipadamkan oleh penghuni pagi tadi.

SONG: Tindakan berani penghuni memadam kebakaran bahagian bilik tidur milik sebuah keluarga di Rumah Panjang Edwin Jalan Takan Kebiau berjaya menyelamatkan kediaman mereka daripada musnah terbakar, pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku 10.00 pagi itu berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah panjang sebelum ketibaan pihak bomba menggunakan air paip domestik sebagai media pemadaman.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan 10.00 pagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran hanya melibatkan sebuah bilik tidur telah terbakar 30 peratus. Anggota hanya membuat ‘overhaul’ di lokasi menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memadam sisa-sisa kebakaran.

“Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta MPV terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Lachau
Next: Rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Masjid Sepupok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.