


SARIKEI: Tindakan pantas penghuni rumah panjang berjaya memadamkan kebakaran bahagian dapur salah sebuah pintu bilik di Rumah Alin, Jalan Seleku, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 11.21 malam tadi.
“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Unjah Janggau bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, komander operasi membuat pemeriksaan dan mendapati rumah panjang tersebut sepanjang 30 pintu.
“Bilik yang terbakar di bahagian dapur adalah pintu bilik nombor 15,” katanya ketika dihubungi, pagi ini.
Katanya, pasukan bomba hanya membuat pemantauan untuk memastikan tiada punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
“Tiada tindakan operasi dilakukan oleh pasukan bomba, hanya membuat pemantauan bagi memastikan tiada punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
“Keluasan yang terbakar adalah 10 kaki x 10 kaki dan terbakar 100 peratus serta struktur jenis tidak kekal,” katanya.
Oleh Earl Anek