Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas pekerja selamatkan dua tangki bitumen daripada terbakar di Sibu
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas pekerja selamatkan dua tangki bitumen daripada terbakar di Sibu

Utusan Sarawak 3 hours ago
PASUKAN bomba melakukan kerja-kerja penyejukan ke atas dua tangki bitumen di kilang, Jalan Ulu Oya, pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

SIBU: Tindakan pantas pekerja kilang di Jalan Ulu Oya berjaya menyelamatkan dua tangki bitumen (minyak tar) daripada musnah terbakar, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.02 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dengan bantuan BBP Sibu Jaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan dua tangki bitumen iaitu tangki pertama berkapasiti 44 tan dan tangki kedua berkapasiti 51 tan.

“Kebakaran pada tangki pertama dianggarkan sekitar 20 peratus manakala tangki kedua sekitar 30 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PASUKAN bomba melakukan kerja-kerja penyejukan ke atas dua tangki bitumen di kilang, Jalan Ulu Oya, pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

Beliau berkata, Komander Operasi mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) memakai pakaian operasi lengkap serta alat pernafasan sebelum membentang satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan satu nozel dari jentera bagi melakukan kerja-kerja penyejukan ke atas tangki berkenaan.

“Tindakan itu diambil memandangkan api telah berjaya dipadamkan lebih awal oleh pekerja kilang sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Katanya lagi, setelah memastikan tiada lagi punca api dan keadaan di lokasi berada dalam keadaan selamat.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dua maut dalam kebakaran kuarters pekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.