Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tindakan lebih tegas terhadap individu ingkar PKP
  • NASIONAL

Tindakan lebih tegas terhadap individu ingkar PKP

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 1 Feb -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat surat kebenaran merentas negeri daripada seorang pengguna jalan raya yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gombak menghala Kuala Lumpur ketika mengadakan lawatan ke SJR tersebut hari ini. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Muez Abd Aziz (kanan).?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA?

SURAT KEBENARAN… Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat surat kebenaran merentas negeri daripada seorang pengguna jalan raya yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gombak menghala Kuala Lumpur ketika mengadakan lawatan ke SJR tersebut semalam. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Muez Abd Aziz. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tindakan lebih tegas akan diambil tanpa kompromi selepas 4 Februari ini terhadap mana-mana individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini kerana setiap hari, kes Covid-19 dilaporkan meningkat khususnya melibatkan pekerja tapak pembinaan dan kilang.
“Kedua-dua sektor berkenaan (pembinaan dan kilang) merupakan antara penyumbang tertinggi kes Covid-19 di dalam negara ini.

“Seperti yang semua sedia maklum, kita tidak ada lagi kluster pasar pagi dan kluster gerai tepi jalan kerana kita ada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selain mengambil tindakan berdasarkan fakta yang ada,” katanya, selepas meninjau sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, semua majikan kedua-dua sektor diarah melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas pekerja asing mereka mulai semalam di seluruh negara.

Beliau berkata, sebelum ini, hanya pekerja asing di sektor terbabit di enam negeri sahaja diwajibkan berbuat demikian.

“Ia adalah untuk memantau status kesihatan pekerja asing yang berkemungkinan menyebarkan Covid-19 dalam kalangam komuniti tempatan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, Ordinan Darurat juga akan dipinda dari segi perumahan pekerja asing yang merupakan antara punca peningkatan kes Covid-19.

“Perumahan pekerja asing ini tidak kondusif kerana kebanyakan mereka tinggal di rumah dalam keadaan berhimpit seperti dua atau tiga orang untuk satu rumah.

“Ordinan Darurat akan dipinda untuk memastikan majikan menyediakan tempat tinggal yang baik kepada pekerja asing mereka dan Ordinan Darurat boleh melakukam perkara itu,” katanya.

Beliau juga berkata, sudah banyak kilang ditutup kerana melanggar SOP dan terdapat pekerjanya yang positif Covid-19.– Bernama

Continue Reading

Previous: Rakyat diharap terus istiqamah patuhi SOP
Next: Perhilitan tangkap beruang matahari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.