

TERJEJAS…Kebakaran melibatkan perkakas di luar sebuah rumah di Taman Tunku Miri berjaya dipadamkan oleh orang awam.
MIRI: Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan sebuah rumah di Taman Jelita di sini daripada musnah sepenuhnya dalam insiden kebakaran malam tadi.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentral Miri dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.27 malam.
Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh orang awam.
“Pasukan kami kemudian menjalankan pemantauan lanjut bagi memastikan tiada lagi punca-punca yang boleh menyebabkan kebakaran berulang,” menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.
Kebakaran tersebut melibatkan peralatan di luar rumah dan dianggarkan menyebabkan kerosakan sebanyak 15 peratus.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.44 malam.