SARIKEI: Tindakan seorang guru wanita di salah sebuah taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di Kampung Rajang, Tanjung Manis melindungi kanak-kanak daripada serangan seorang remaja lelaki yang memecah masuk ke tabika tersebut baru-baru ini merupakan satu tindakan yang berani.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, keselamatan merupakan perkara utama yang dititikberatkan di peringkat prasekolah.
Katanya, tindakan seorang guru wanita di salah sebuah taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di Kampung Rajang, Tanjung Manis melindungi kanak-kanak dari seorang remaja lelaki yang memecah masuk ke tabika tersebut baru-baru ini merupakan satu tindakan yang berani.
“Kita memuji dan berterima kasih kepada guru wanita ini yang sanggup mengadai nyawa sendiri demi pelajarnya daripada ancaman luar yang tidak diduga.
“Oleh demikian kita akan berusaha untuk memberikan penghargaan sewajarnya kepada guru ini di atas pengorbanannya itu,” katanya ketika ditemu bual para pemberita di Hospital Sarikei, hari ini.
Ujarnya lagi, kes itu berlaku diluar jangkaan dan remaja lelaki yang masuk menceroboh ke tabika tersebut disyaki dibawah pengaruh dadah.
“Kes ini melibatkan penyalahgunaan dadah dan kesannya boleh menimbulkan kegusaran dan juga boleh mengganggu gugat keselamatan.
“Namun saya boleh memberi jaminan, bahawa diperingkat prasekolah, isu keselamatan adalah nombor satu bagi kami,” katanya.
Oleh EARL ANEK