Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Timbalan Premier Sarawak terima kunjungan hormat Duta Besar Denmark
  • SEMASA

Timbalan Premier Sarawak terima kunjungan hormat Duta Besar Denmark

Utusan Sarawak 22 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima kunjungan hormat Duta Besar Denmark ke Malaysia, Kirstine Vangklide Berner di pejabatnya hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima kunjungan hormat Duta Besar Denmark ke Malaysia, Kirstine Vangklide Berner di pejabatnya hari ini.

Pada pertemuan itu, Uggah memberi penerangan berhubung portfolio kementeriannya dan dasar pembangunan strategik Sarawak khususnya dalam sektor infrastruktur dan pelabuhan.

Beliau turut menekankan kepentingan menjalin kerjasama antarabangsa dan membangunkan hubungan pintar dengan negara-negara rakan untuk mempercepatkan pembangunan masa depan negeri ini.

TIMBALAN Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima kunjungan hormat Duta Besar Denmark ke Malaysia, Kirstine Vangklide Berner di pejabatnya hari ini. Foto UKAS

Delegasi Denmark turut berkongsi pandangan mereka terhadap potensi pertumbuhan sektor pelabuhan di Sarawak yang boleh diteroka bersama.

Turut hadir menyambut delegasi Denmark itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Datu Chiew Chee Yaw, Timbalan Setiausaha Tetap MIPD Latiff, Penasihat Pelabuhan, Datuk Ian James serta Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuching, Robert Lau.

Terdahulu, Kirstine telah melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan menyatakan kekagumannya terhadap kemajuan pesat dan momentum pertumbuhan Sarawak terutamanya dalam bidang pembangunan mampan dan tenaga boleh diperbaharui.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bangunan arkib Sarawak simpan dokumen bersejarah
Next: Sarawak komited banteras rasuah, SPRM puji sokongan Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.