Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Timbalan Premier Sarawak terima kunjungan hormat daripada SME Corp Malaysia  
  • SEMASA

Timbalan Premier Sarawak terima kunjungan hormat daripada SME Corp Malaysia  

Utusan Sarawak 18 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi SME Corp Malaysia yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rizal Nainy di Wisma Sumber Alam, Kuching semalam. Foto UKAS

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rizal Nainy di Wisma Sumber Alam, semalam.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan Sarawak dan agensi pusat dalam usaha memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sarawak.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk pembentangan Pelan Strategik Perniagaan (BSP) SME Corp Malaysia.

Malaysia juga memberi tumpuan kepada lima bidang utama iaitu penyertaan PMKS dalam rantaian nilai industri berimpak tinggi, pengantarabangsaan PMKS, pengembangan perusahaan mikro, pendigitalan PMKS, serta pengukuhan peranan SME Corp Malaysia dalam ekosistem keusahawanan negara.

Dalam pertemuan tersebut, SME Corp Malaysia turut menjemput Awang Tengah untuk merasmikan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 28 Mei 2025.

Program ini menyasarkan pembangunan bakat keusahawanan dalam kalangan belia Bumiputera menerusi latihan intensif serta modul pembentukan jati diri.

Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Penasihat Khas MINTRED, Dato Sri Mohd Naroden Majais, serta Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkarnain Masron.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DVS teliti cadangan import daging babi dari Thailand, China, Brazil
Next: PM hulur sumbangan keluarga kanak-kanak lemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.