Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak pengerusikan mesyuarat keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  • TEMPATAN

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak pengerusikan mesyuarat keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Utusan Sarawak 5 hours ago
DCP Saifullizan Ishak dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Lim San Aik, semasa mesyuarat berlangsung.

KUCHING: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak, telah mempengerusikan Mesyuarat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini.

Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan aspek keselamatan, kesihatan, dan kebajikan warga kerja bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.

Selain itu, ia menekankan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard, pengurusan risiko di tempat kerja, serta langkah penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

MESYUARAT sedang dijalankan.

Turut hadir SAC Lim San Aik, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, serta ACP James Jonathan, Pegawai Staf Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang juga bertindak sebagai Setiausaha Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat kontinjen.

Selain itu, ketua jabatan dan ketua polis daerah menyertai mesyuarat secara sidang video bagi memastikan penyelarasan serta pelaksanaan dasar keselamatan dan kesihatan dapat dijalankan dengan berkesan di seluruh kontinjen Sarawak.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perutusan: Uggah gesa penganut Kristian sokong Premier demi Sarawak harmoni, bersatu dan makmur
Next: Krismas wadah perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.