Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Timbalan Menteri M-FICORD tinjau projek padi organik di Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Timbalan Menteri M-FICORD tinjau projek padi organik di Lawas

Utusan Sarawak 1 day ago
TURUN BENDANG…Datuk Dr Abdul Rahman Ismail turun sendiri melihat anak padi yang diusahakan secara organik.

LAWAS: Satu projek penanaman padi organik di Kampung Lubok Jambu, Mulong menarik perhatian kerajaan apabila Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, turun padang mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Baruh Padi Alami di Desa Gemalai, semalam.

Lawatan ini bertujuan meninjau secara dekat projek usahasama antara Yayasan Ahmad Albab dan Yusri Maju Sdn Bhd yang mengusahakan tanaman padi secara sepenuhnya organik di atas tanah seluas 20 ekar tanpa penggunaan baja atau racun kimia.

Menariknya, pendekatan semula jadi yang diketengahkan telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan, sekali gus membuka potensi besar untuk dijadikan model inovatif pertanian padi organik di peringkat nasional.

Turut bersama dalam lawatan tersebut, delegasi daripada Aris Global Venture Sdn Bhd (AGV) dan Universiti Malaya (UM), yang menyatakan minat untuk membangunkan kawasan pertanian berskala besar di Sundar, Lawas menggunakan pendekatan yang sama.

Selain itu, mereka juga merancang untuk membawa masuk Teknologi Juncao, iaitu teknik penanaman rumput yang kini mula diperkenalkan di Mulong, untuk dimanfaatkan lebih meluas di Sarawak.

Turut hadir Pegawai Seksyen Padi dan Bijirin M-FICORD, Mohamad Sazali Sapawi, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Kimia UM, Dr Fathiah Mohamad Zuki, Pensyarah Pengajian Asia Timur UM, Dr Alias Abdullah, Pegawai Penyelidik Kanan DOA Sarawak, Yazid Bostamam, Pegawai Pertanian Bahagian DOA Limbang, Amirul Fikri Jemali, Pengurus Baruh Padi Alami, Mohamad Yusri Mohd Nor serta pegawai-pegawai M-FICORD dari Ibu Pejabat Kuching.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Miri jalankan ujian saringan air kencing bersama AADK
Next: Pelajar bumiputera kuasai Bahasa Mandarin, kebanggaan Daerah Subis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.