Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Timbalan Ketua Pengarah JAS didakwa lagi, terima bayaran baik pulih rumah RM9,110
  • MAHKAMAH

Timbalan Ketua Pengarah JAS didakwa lagi, terima bayaran baik pulih rumah RM9,110

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Dr Norhazni Mat Sari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen baru-baru ini, atas enam pertuduhan menerima wang tunai RM21,000 daripada syarikat pengurusan sisa berjadual, empat tahun lalu. Foto Bernama

SHAH ALAM: Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Dr Norhazni Mat Sari yang sebelum ini didakwa atas enam pertuduhan menerima wang RM21,000, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas satu pertuduhan menerima bayaran RM9,110 bagi membaik pulih rumahnya pada 2022.

Norhazni, 59, sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS mengaku tidak bersalah menerima bayaran itu daripada seorang pengarah syarikat pengurusan sisa berjadual menerusi pindahan wang dalam talian ke dalam akaun bank sebuah syarikat pembinaan yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank di Taman Sentosa, Klang pada 25 Mei 2022 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin memohon mahkamah untuk mengguna pakai jaminan yang dikenakan kepada Norhazni di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 April lepas.

“Pada masa sama, saya memohon kes ini dibicarakan bersama dengan kes tersebut, sekiranya tiada bantahan daripada pihak peguam,” katanya. 

Peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Norhazni tidak membantah permohonan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan memaklumkan tarikh sebutan kes di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 19 Mei.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes dibicarakan bersama serta mengguna pakai jaminan serta syarat yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi menetapkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Norhazni pada Jumaat mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan menerima wang RM21,000 daripada sebuah syarikat pengurusan sisa berjadual, empat tahun lepas.

Dia didakwa menerima wang itu menerusi pindahan dalam talian ke akaun bank milik anaknya, yang diketahuinya pengarah syarikat terbabit mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank di Bukit Bintang, Kuala Lumpur antara 18 April 2022 hingga 19 Julai 2024 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

-Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Persekutuan berjaya tangguh semakan semula Pemberian Khas Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.