Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tilam terbakar di Kampung Mendang Lumut, tiada mangsa cedera
  • KEBAKARAN

Tilam terbakar di Kampung Mendang Lumut, tiada mangsa cedera

Utusan Sarawak 8 hours ago
PADAMKAN… Anggota bomba menjalankan kerja pemadaman kebakaran melibatkan tilam di rumah teres dua tingkat di Kampung Mendang Lumut, Kota Samarahan, lewat malam tadi. Foto BBP Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Bilik tidur di tingkat atas rumah teres dua tingkat di Lorong Merdang Baru 2, Kampung Mendang Lumut di sini, mengalami kebakaran lewat malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.39 malam.

Sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

Komander Operasi, PBK II (TBK I) Nur Affandi memaklumkan kebakaran hanya melibatkan tilam di dalam bilik tidur berkeluasan 10 x 12 kaki persegi dan tidak melibatkan struktur keseluruhan bangunan.

“Api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya. Kebakaran tidak merebak ke bahagian lain rumah,” katanya dalam satu laporan ringkas, hari ini.

PADAMKAN… Anggota bomba menjalankan kerja pemadaman kebakaran melibatkan tilam di rumah teres dua tingkat di Kampung Mendang Lumut, Kota Samarahan, lewat malam tadi. Foto BBP Kota Samarahan

Operasi tersebut melibatkan kekuatan enam anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Operasi ditamatkan selepas pihak bomba memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum bertolak balik ke balai.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah kosong musnah terbakar di Jalan Stampin, api merebak ke rumah sebelah
Next: Dua kenderaan musnah, rumah terjejas 50 peratus kebakaran di Taman Gamang Height

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.