Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • TikTok gantung sementara ciri ‘live’ di Indonesia susulan protes ganas
  • GLOBAL

TikTok gantung sementara ciri ‘live’ di Indonesia susulan protes ganas

Utusan Sarawak 23 hours ago

Foto hiasan

JAKARTA: Platform media sosial TikTok hari ini mengumumkan pihaknya menggantung sementara ciri siaran langsung (LIVE) di Indonesia selama “beberapa hari” susulan tercetusnya protes ganas selepas kematian seorang lelaki yang dilanggar kenderaan polis.

“Disebabkan keganasan yang semakin memuncak ketika protes di Indonesia, kami secara sukarela memperkenalkan langkah keselamatan tambahan bagi memastikan TikTok kekal sebagai ruang yang selamat dan beradab.

“Atas faktor berjaga-jaga, TikTok LIVE digantung sementara untuk beberapa hari di Indonesia,” kata jurucakap TikTok kepada AFP.

Negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu digegarkan dengan protes di beberapa bandar utama pada Jumaat, termasuk ibu negara Jakarta serta bandar Makassar di timur, yang menyaksikan bangunan dewan tempatan terbakar dan meragut tiga nyawa.

Protes diteruskan pada Sabtu di Surabaya di pulau utama Jawa, selain di Bali dan Lombok.

Penunjuk perasaan merobohkan pagar pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Provinsi Nusa Tenggara Barat (NTB) ketika mengadakan demonstrasi di Mataram, Pulau Lombok, semalam – Foto AFP

Aplikasi perkongsian video itu memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan dengan teliti. 

Indonesia kini antara pasaran terbesar TikTok di dunia dengan lebih 100 juta pengguna.

Dalam beberapa video protes yang dimuat naik pada Sabtu, pengguna dilihat mengadu tidak lagi dapat menggunakan ciri siaran langsung aplikasi berkenaan. – AFP

Continue Reading

Previous: Protes besar-besaran di Indonesia, ketahui lima perkara ini
Next: Gelombang protes Indonesia: Prabowo batalkan lawatan ke China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.