Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Tiket konsert mega Legacy 30 Siti Nurhaliza hampir ‘sold out’
  • HIBURAN

Tiket konsert mega Legacy 30 Siti Nurhaliza hampir ‘sold out’

Utusan Sarawak 15 hours ago

KUALA LUMPUR: Hampir tiga dekad meniti pentas seni, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah menyangka pesona dirinya masih  utuh dalam sanubari peminat apabila konsert mega Legacy 30 mencetus fenomena luar biasa dengan sambutan di luar jangkaan. 

Mengakui langsung tidak menduga akan penerimaan sehebat itu, ibu kepada dua cahaya mata ini  berkata konsert yang meraikan perjalanan seninya selama tiga dekad dalam industri ini mencatat jualan luar biasa apabila 96 peratus daripada lebih 60,000 tiket yang ditawarkan habis terjual dalam masa tidak sampai sebulan.

Terharu dengan sambutan yang diterima, konsert  Legacy 30 yang bakal menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari depan ini disifatkan pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu  sebagai tanda kasih dan kesetiaan peminat terhadap perjalanan seninya selama hampir tiga dekad.

BIDUANITA Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pada Pelancaran Album Tradisional Terbaharu ‘Gema Bumantara’ di Pavilion Bukit Jalil hari ini. Foto BERNAMA

“Alhamdulillah, jualan tiket sudah hampir habis, tinggal kurang daripada 2,000 sahaja lagi. Daripada 60,000 tiket yang ditawarkan, sebanyak 58,000 sudah terjual dan kebanyakannya yang masih ada melibatkan kategori VIP dan Platinum.

“Saya sebenarnya tidak sangka sambutannya begitu luar biasa. Saya sendiri agak gementar kerana konsert ini diadakan secara berturut-turut dan kali ini, pula di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada awalnya terdetik juga, ‘boleh ke jual (tiket)?’, namun alhamdulillah, tidak sampai sebulan tiket hampir habis terjual,” katanya.

BIDUANITA Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (tengah) pada Pelancaran Album Tradisional Terbaharu ‘Gema Bumantara’ di Pavilion Bukit Jalil hari ini. Turut hadir, Wakil Kementerian Komunikasi, Cik Wan Nur Suhailah Wan Draman (enam, kiri). Foto BERNAMA

Ditemui selepas  pelancaran album tradisional terbaharunya, ‘Gema Bumantara’ di sini,  anak kelahiran Pahang ini berkata penganjuran konsert berskala besar itu melibatkan pelaburan tinggi, namun akan dilaksanakan secara berhemat bagi mengelakkan pembaziran.

“Konsert ini memerlukan pelaburan yang besar kerana ia berlangsung di Stadium Nasional tetapi dalam masa sama, saya tidak mahu berbelanja berlebihan. Yang penting, penonton yang hadir berpuas hati dan sistem bunyi  berada pada tahap terbaik,” katanya.

PERSEMBAHAN dari Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pada Pelancaran Album Tradisional Terbaharu ‘Gema Bumantara’ di Pavilion Bukit Jalil semalam. Foto BERNAMA

Bakal menghiburkan peminat setianya dengan lebih 25 buah lagu, Siti Nurhaliza berkata konsert yang dijangka berlangsung selama tiga jam ini akan dipersembahkan dalam susunan muzik baharu yang pastinya akan memberi pengalaman berbeza kepada penonton berbanding konsert sebelum ini. 

“Saya akan mula latihan pada minggu kedua November. Dalam kepala saya, (ada) banyak idea, jadi kita lihatlah bagaimana hasilnya nanti,” katanya sambil menambah penaja dan artis jemputan akan diumumkan pada sidang media konsert berkenaan dalam masa terdekat.

Pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu turut berharap cuaca baik pada hari konsert agar segala yang dirancang berjalan lancar, memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Faris Malek kembali dengan suara dan semangat baru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.