Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga warga emas di Sarikei terima bantuan, rumah bakal dibaik pulih
  • WILAYAH

Tiga warga emas di Sarikei terima bantuan, rumah bakal dibaik pulih

Utusan Sarawak 2 days ago
KASIH SAYANG….Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menyantuni Meriam Bojeng dengan penuh kasih sayang. Foto: Earl Anek

SARIKEI: Lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah ke kediaman Meriam Bojeng di Jalan Haji Karim, memberi keceriaan kepada tiga adik-beradik warga emas.

Meriam Bojeng, 92, telah mendapat Bantuan Warga Emas (BWE) sejak tahun 2013 sehingga kini daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak. 

Hasil kunjungan tersebut, bermula September ini, Dinah Bojeng, 83 dan Ahmad Bojeng, 73 bakal mendapat BWE bermula September ini. 

Tiga adik-beradik ini tinggal di rumah kampung yang merupakan milik arwah bapa mereka. Rumah tersebut agak usang untuk diduduki walaupun dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air.

KASIH SAYANG….Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menyantuni Meriam Bojeng dengan penuh kasih sayang. Foto: Earl Anek

Segala perbelanjaan bulanannya dan dua adik-beradiknya adalah hasil pendapatan Dinah Bojeng yang berniaga sayur-sayuran kecil-kecilan di pasar Sarikei dan duit bantuan bulanan yang diterima oleh Meriam Bojeng dari JKM Sarawak. 

Adik-beradik yang lain tidak dapat banyak membantu dari aspek kewangan memandangkan terikat komitmen dengan keluarga masing-masing namun mereka saling menjaga dan kedudukan rumah juga adalah berdekatan antara satu sama lain.

Tiga beradik warga emas ini dijaga dan diuruskan oleh anak buah mereka dan turut dibantu oleh sukarelawan JKM. 

Meriam merupakan warga emas yang berstatus bujang begitu juga dengan dua orang adiknya yang tinggal bersama. 

Meriam pada mulanya tidak mempunyai masalah kesihatan dan hanya mengalami sakit tua, namun tahun demi tahun kesihatan penama mula merosot sehinggalah kini dalam keadaan terlantar. 

TINJAU…..Dato Sri Fatimah Abdullah meninjau keadaan dapur dan tandas rumah Meriam Bojeng. Foto: Earl Anek

Lebih memilukan, kini Meriam juga kini perlu menggunakan lampin dewasa kerana pergerakan yang terhad untuk ke bilik air.

Sementara itu, Fatimah berkata, di bawah kerajaan Sarawak ada diperuntukkan bantuan baik pulih rumah iaitu Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) untuk rakyat yang memerlukan bantuan. 

Berkenaan dengan rumah Meriam Bojeng, katanya, gotong-royong untuk membersihkan rumah tersebut akan diadakan. 

“Alhamdulillah, atap rumah ini telah dibaiki oleh jawatankuasa. Sekarang giliran lantai dan tandas. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada petugas sukarelawan kita yang lazimnya akan membuat satu kerja gotong-royong untuk membantu keluarga ini. Barang-barang yang sudah tidak diperlukan terus dibuang. 

“Kita akan bekerjasama dengan Majlis Daerah Sarikei (MDS) supaya barangan itu tidakk dibuang di tepi jalan dan terus dibuang di tempat pembuangan sampah,” katanya ketika ditemui media. 

Turut hadir ialah Pengarah JKMS, Semawi Mohamad. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Kanak-kanak BEM VPIF tampilkan modul keselamatan kebakaran
Next: Pasukan Pak Aji B dinobatkan juara pangkah gasing Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.