Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga syarikat hulur kemahiran semikonduktor, mikroelektrik di Sarawak
  • TEMPATAN

Tiga syarikat hulur kemahiran semikonduktor, mikroelektrik di Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Roland Sagah Wee Inn menjawab soalan daripada pengamal media semasa hadir pada sidang media bertempat di bilik media Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Turu hadir, Datuk Dr. Annuar Rapaee, Datuk Francis Harden Hollis dan yang lain-lain.
Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Syarikat Melexis dari Belgium, X-FAB (Jerman) dan Synopsys of California merupakan tiga syarikat luar berganding bahu dengan Kerajaan Sarawak dalam membangunkan kemahiran tempatan dalam aspek reka bentuk mikroelektrik dan semikonduktor.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, syarikat tersebut berperanan membantu sebagai penyedia latihan kepada tenaga kerja dari Sarawak dalam bidang reka bentuk litar bersepadu (IC), reka bentuk susun atur, proses fabrikasi dan ujian wafer.

“Syarikat-syarikat berkenaan akan bekerjasama dengan anak syarikat kerajaan negeri, yakni Semiconductor and Microelectronics Design (SMD) Sdn Bhd dengan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) bertindak sebagai penyedia latihan.

“Ini akan memberi peluang luas kepada graduan tempatan kita yang berminat dengan mikroelektronik dan inovasi dalam reka bentuk IC,” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Oleh itu, beliau menggesa para belia dan graduan untuk merebut peluang yang tersedia ini.

Mengulas mengenai Pusat Penyakit Berjangkit (SIDC), Sarawak akan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan tiga syarikat multinasional global iaitu Pacific Biosciences (USA), Agilent Technologies (USA) dan Numares AG (Jerman) dalam bidang genomic penyakit, penemuan biomarker termostik dan pembangunan ujian diagnostik.

“SIDC akan mengadakan kerjasama penyelidikan dengan Kementerian Kesihatan Persekutuan, Australian National Phenomen Centre, Amili Singapura dan Universiti Monash mengenai penyakit berjangkit, penemuan biomarker dan pembangunan teknologi probiotik rekombinan untuk pencegahan jangkitan penyakit, serta penggunaan makanan asli sebagai pra- dan pro-simbiotik yang berpotensi untuk meningkatkan pertahanan imunologi.

“Saya tahu ini adalah perkataan besar untuk bukan saintis, tetapi yakinlah bahawa semua perkataan besar ini akan diterjemahkan kepada kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik dalam jangka masa panjang,” katanya.

Sementara itu Roland berkata, pembinaan Pusat Sains Sarawak dirancang untuk bermula pada suku keempat tahun ini.

“Kementerian saya bersama Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) sedang berusaha untuk menganjurkan kumpulan khusus untuk meneliti kandungannya bagi memastikan Pusat Sains akan menjadi pusat seni terkini di rantau ini dan dapat meningkatkan minat mempelajari sains ke arah matlamat dalam mewujudkan masyarakat yang celik sains.

“Kami juga meneroka peluang dengan pusat sains dan teknologi lain di seluruh dunia melalui persatuan profesional seperti Pusat Rangkaian Sains dan Teknologi Asia Pasifik (ASPAC) untuk mengikuti trend dan minat semasa dalam sains serta mungkin pertukaran pameran dan bakat,” jelasnya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Mohon isu empat sekolah di Daro ditangani segera – Roland
Next: TEGAS lancar Bootcamp Pra-Pemecut di TDV 12 – 18 Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.