Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga suspek ditahan kes curi kenderaan dalam Ops Lejang Khas
  • JENAYAH

Tiga suspek ditahan kes curi kenderaan dalam Ops Lejang Khas

Utusan Sarawak 3 hours ago
TIGA suspek ditahan.

KUCHING: Polis menahan tiga suspek termasuk seorang wanita warga asing berhubung beberapa kes curi kenderaan yang dilaporkan di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata tangkapan dibuat kira-kira 3.00 petang pada Rabu menerusi operasi Ops Lejang Khas.

Menurutnya, dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 28 hingga 33 tahun ditahan di dua lokasi berasingan, iaitu di Tabuan Tranquility di sini dan Kampung Stass di Bau.

“Siasatan awal mendapati kedua dua suspek lelaki terlibat dalam kes curi kenderaan manakala wanita tersebut merupakan teman wanita kepada salah seorang suspek,” katanya.

POLIS turut merampas dua kenderaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Beliau berkata pihak polis turut merampas dua kenderaan jenis Perodua dan Toyota yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

“Semakan lanjut mendapati salah seorang suspek lelaki mempunyai beberapa rekod jenayah lampau. Hasil saringan air kencing juga mendapati kedua-dua suspek lelaki positif dadah manakala suspek wanita didapati negatif,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan curi kenderaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun serta boleh juga dikenakan denda.

Alexson menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah serta menyeru mereka yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah supaya menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082 244444.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 64 warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu di Kuching
Next: Dua warga Indonesia dipenjara tiga bulan curi baja sawit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.