Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga suspek ditahan dalam Ops Bersepadu di Bintangor
  • JENAYAH

Tiga suspek ditahan dalam Ops Bersepadu di Bintangor

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITAHAN…. Tiga individu postif dadah ditahan pihak polis di sebuah rumah tidak bernombor. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Dua lelaki dan seorang wanita lingkungan usia 23 hingga 31 tahun ditahan polis dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada 1.05 petang di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan Bintangor pada 24 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata ketiga-tiga individu tersebut ditahan oleh sepasukan anggota pasukan petugas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong untuk tindakan lanjut.

“Saringan awal air kencing, ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, rekod semakan polis mendapati salah seorang suspek lelaki mempunyai rekod berkaitan dadah, manakala dua lagi suspek tidak memiliki sebarang rekod lampau.

“Polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dalam menangani masalah ini.

“Kami menggesa agar masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong untuk membantu tindakan penguatkuasaan.

“Maklumat boleh disalurkan ke talian 084–693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai RM4.2 juta di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.