Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga suspek curi meter air ditahan di Bintulu
  • JENAYAH

Tiga suspek curi meter air ditahan di Bintulu

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIGA suspek kecurian meter paip air ditahan polis dalam satu operasi di sekitar bandar Bintulu, awal pagi tadi.

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan tiga lelaki dewasa yang disyaki terlibat dalam kes kecurian meter paip air di sekitar kawasan bandar ini sejak Disember tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu pada sekitar 2.30 pagi hari ini.

“Hasil operasi tersebut, pihak polis turut merampas semula sebanyak 17 unit meter paip air yang dipercayai dicuri oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

 SEBAHAGIAN daripada 17 unit meter paip air dan peralatan yang dirampas polis hasil tangkapan terhadap suspek disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri sejak Disember tahun lalu.

Menurut beliau, kesemua suspek telah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa peka terhadap persekitaran dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis.

“Kerjasama komuniti amat penting dalam usaha membanteras jenayah serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat terus terpelihara,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Wanita ditahan, 18 paket syabu dirampas di Tabuan Jaya
Next: Dua lelaki ditahan positif dadah di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.