Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga suspek curi kabel diberkas polis ketika sedang beraksi
  • JENAYAH

Tiga suspek curi kabel diberkas polis ketika sedang beraksi

Utusan Sarawak 1 day ago
Polis berjaya menangkap tiga lelaki yang sedang mencuri kabel di Jalan Salim pada Sabtu. Foto: PDRM


SIBU: Tiga lelaki yang dipercayai aktif mencuri kabel di sekitar daerah ini berjaya diberkas polis ketika sedang beraksi di Jalan Salim, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, kejadian berlaku sekitar 6.15 petang ketika sepasukan anggota dari Balai Polis Sentral Sibu melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, polis terserempak dengan tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan, dipercayai sedang menarik sesuatu dari lubang saluran parit konkrit.

Sembilan peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel, 15 karung guni dan dua topeng muka. Foto PDRM



“Hasil pemeriksaan mendapati mereka sedang menarik kabel dari saluran tersebut. Polis kemudian bertindak menahan kesemua suspek secara ‘red-handed’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kesemua suspek berusia 28 hingga 34 tahun itu turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

Dalam tangkapan itu, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Saga, sembilan peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel, 15 karung guni dan dua topeng muka.

Kesemua suspek direman empat hari sehingga 14 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Zulkipli berkata, tangkapan tersebut berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes curi kabel di daerah ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan bagi membantu pihak polis membanteras jenayah.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bau police conduct motorcycle operation, issue 38 summonses
Next: 17 PATI ditahan dalam Ops Sapu di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.