Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga sungai di Dudong siap dibersih sepenuhnya
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiga sungai di Dudong siap dibersih sepenuhnya

Utusan Sarawak 1 day ago
LANCAR…Teo (tengah) bersama ahli parti dan penduduk setempat ketika meninjau Sungai Assan yang telah siap dibersihkan di Sibu, baru-baru ini.

SIBU: Tiga batang sungai di kawasan Dudong iaitu Sungai Durin, Sungai Naman, dan Sungai Assan telah siap dibersihkan sepenuhnya menerusi peruntukan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dengan kos keseluruhan mencecah RM1.2 juta.

Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong, Datuk Teo Boon Siew berkata, projek pembersihan tersebut dimulakan awal tahun ini dan kini telah selesai sepenuhnya.

Beliau baru-baru ini meninjau Sungai Assan yang merupakan antara sungai paling panjang dalam projek itu, melibatkan kos pembersihan sebanyak RM600,000 manakala Sungai Durin dan Sungai Naman masing-masing melibatkan perbelanjaan RM300,000.

“Ketiga-tiga sungai ini boleh dikatakan tidak pernah dibersihkan sejak hampir 50 tahun lalu, menyebabkan aliran air tersekat akibat timbunan sampah, dahan kayu, pokok tumbang serta pertumbuhan rumpai yang tidak terkawal,” katanya.

Teo berkata, sungai ini penting kepada komuniti pedalaman kerana lebih 10 rumah panjang terletak di sepanjang tebingnya. Meskipun kini sudah terdapat akses jalan raya, penduduk masih menggunakan laluan sungai sebagai alternatif pengangkutan.

MANFAAT RAKYAT…Keadaan aliran Sungai Assan yang sudah dibersihkan.

“Pembersihan sungai ini bukan sahaja memulihkan fungsi aliran air, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup penduduk. Sungai yang tidak diselenggara akan memberi kesan buruk kepada kesihatan, kebersihan serta kualiti air mereka.

Menurut Teo, kerja-kerja pembersihan ini adalah hasil usaha gigih beliau mendapatkan peruntukan melalui sokongan JPS serta bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Dato Sri Tiong King Sing.

“Saya mewakili penduduk ingin merakamkan penghargaan kepada JPS dan Tiong atas bantuan dan komitmen mereka dalam merealisasikan projek ini yang memberi manfaat besar kepada penduduk pedalaman,” tambahnya.

Beliau turut memaklumkan bahwa beliau akan melakukan tinjauan ke Sungai Durin dan Sungai Naman dalam masa terdekat bagi melihat keadaaan semasa selepas kerja pembersihan selesai.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek infrastruktur tiga sekolah DUN Kabong berjumlah RM1.65 juta
Next: Kerja baik pulih paip punca gangguan bekalan air tidak berjadual di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.