Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga siklon landa Filipina, angka korban meningkat kepada 30 orang
  • GLOBAL

Tiga siklon landa Filipina, angka korban meningkat kepada 30 orang

Utusan Sarawak 1 day ago
PENDUDUK mengharungi jalan yang ditenggelami air selepas hujan lebat di Bandar Dagupan, wilayah Pangasinan, utara Manila pada 24 Julai 2025 lalu. Filipina menutup sekolah dan membatalkan penerbangan pada 24 Julai ketika hujan lebat yang dipacu taufan dan ribut tropika berasingan melanda pulau Luzon di utara negara itu. Foto AFP

MANILA:  Sekurang-kurangnya 30 rakyat Filipina disahkan terkorban akibat fenomena monsun barat daya yang dicetuskan tiga siklon tropika, mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh sejak minggu lalu, lapor Xinhua memetik agensi kerajaan Filipina pada Sabtu.

Dalam laporan terbaharu, Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) memaklumkan bahawa tujuh orang masih hilang, sama ada dihanyutkan oleh banjir kilat atau tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.

PENDUDUK yang menaiki bot kayu meluncur laju melepasi bangunan sekolah yang tenggelam di sebuah kampung di bandar Calumpit, wilayah Bulacan, utara Manila, selepas sungai melimpah akibat hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Co-May. Pasukan penyelamat di utara Filipina mengambil penduduk yang terkandas akibat banjir dan menghantar bekalan dengan bot, ketika Taufan Co-Mei. Foto AFP

Agensi itu turut melaporkan bahawa bencana berkenaan menyebabkan 10 orang cedera.

NDRRMC juga melaporkan lebih 1.46 juta keluarga, bersamaan kira-kira 5.30 juta penduduk terjejas di seluruh negara.

Pejabat Pertahanan Awam Filipina pula memaklumkan bahawa sebanyak 88 bandar dan majlis perbandaran mengisytiharkan darurat bencana bagi mempercepatkan usaha bantuan kecemasan dan memudahkan akses kepada sumber yang diperlukan.

SEORANG bapa dan anaknya menaiki basikal roda tiga melalui jalan yang dinaiki air di sebuah kampung di bandar Calumpit, wilayah Bulacan, utara Manila, selepas sungai melimpah akibat hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Co-May. Foto AFP

Siklon Wipha, Francisco dan Co-May telah meninggalkan Filipina, namun jabatan meteorologi negara itu memberi amaran bahawa monsun barat daya dijangka terus membawa hujan lebat dalam beberapa hari akan datang, khususnya di beberapa bahagian pulau Luzon.

Filipina secara purata dilanda kira-kira 20 taufan setiap tahun.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: KAAN, simbol perkembangan industri pertahanan  Turkiye sedia beraksi 2026
Next: 18 maut, 24 cedera dalam kemalangan jalan raya di Peru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.