Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga sekolah menengah sertai Program STEAM perkukuh kaedah pengajaran
  • Selatan
  • WILAYAH

Tiga sekolah menengah sertai Program STEAM perkukuh kaedah pengajaran

Utusan Sarawak 12 hours ago
 
CR Gerald Goh (dua kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang guru sempena majlis penutupan Program Latihan STEAM

KUCHING: Program Latihan Guru Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM) yang melibatkan tiga sekolah menengah di negeri ini berjaya meningkatkan keupayaan profesional guru serta memperkasa kaedah pengajaran moden.

Program berkenaan membabitkan Sekolah Menengah Chung Hua No. 3 (Batu Kawa), Sekolah Menengah Min Zhong (Serian) dan Sekolah Menengah Chung Hua No. 3 (Kuching), dan berakhir dengan majlis penutupan yang diadakan baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Majlis Bandaraya, Cr Gerald Goh, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir. Lo Khere Chiang.

Menurut Gerald, program anjuran bersama FAME International College dan Politeknik Kuching itu merangkumi pelbagai komponen termasuk pendidikan STEAM, pengajaran digital, pembelajaran berasaskan projek serta reka bentuk bilik darjah inovatif.

“Program ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan profesional guru, malah mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan untuk pelajar — satu situasi menang-menang kepada pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata, dalam landskap pendidikan yang pesat berubah, peningkatan kemahiran secara berterusan amat penting bagi memastikan guru dan sekolah kekal relevan.

Katanya, integrasi teknologi bilik darjah pintar serta penggunaan alat digital membolehkan sekolah melahirkan pelajar yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Dalam pada itu, beliau berkata falsafah pendidikan serta kualiti pengajaran sekolah terbabit mendapat pengiktirafan kukuh daripada ibu bapa dan komuniti Cina, yang dapat dilihat melalui peningkatan berterusan pendaftaran pelajar.

“Ini mencerminkan perkembangan sihat pendidikan Cina bebas,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat agar terus menyokong sekolah Cina bebas supaya institusi berkenaan dapat mempertingkatkan kemudahan serta kualiti pendidikan demi generasi akan datang.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua guru yang menamatkan program tersebut dan berharap ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kerjaya perguruan masing-masing.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Kelvin yii menyeru pembaharuan pengundian
Next: Kempen derma darah di Bintulu hujung minggu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.