Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga sekolah di Baram masih dinaiki air
  • TEMPATAN

Tiga sekolah di Baram masih dinaiki air

Utusan Sarawak 4 years ago
KAWASAN kuarters guru di SK Benawa masih dinaiki air ke paras 40 sentimeter.

MARUDI : Tiga sekolah rendah di Baram iaitu Sekolah Kebangsaaan (SK) Long Panai, SK Benawa dan SK Penghulu Baya Mallang masih dinaiki air semalam.

Menerusi laporan Ketua Janatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri,  Law Poh Kiong, paras air di kawasan rendah di SK Long Panai kekal 2.8 kaki sejak 6.00 pagi semalam.

Kawasan lain di sekolah tersebut yang masih ditenggelami air ialah padang sekolah, laluan simen ke sekolah, kuarters guru, pondok penjana elektrik dan pondok pam air telaga.

Paras air masih bertahan dan keadaan sekolah terkwal dan selamat.

Sementara itu paras air di SK Benawa mula naik sejak semalam secara perlahan dan kawasan yang terjajas ialah blok pentadbiran 50 sentimenter (sm), kuarters guru 40 sm, padang sekolah 56 sm dan bangunan asrama 22 sm.

Paras air di SK Penghulu Baya Mallang pula dilaporkan naik setingi dua kaki tetapi keadaan terkawal dan selamat.

Continue Reading

Previous: Bomba bersih landasan Lapangan Terbang Lawas
Next: DOS PENGGALAK: SARAWAK TERAWAL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.