Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga sekolah antara penerima geran untuk program STEM, TVET
  • TEMPATAN

Tiga sekolah antara penerima geran untuk program STEM, TVET

Utusan Sarawak 4 months ago

Dato Sri Roland bersama penerima geran pada majlis penyerahan di Kuching hari ini.

KUCHING: Tiga sekolah antara penerima geran Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) hari ini.

Geran itu untuk program Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kajian dalam pembelajaran STEM dan Bahasa Inggeris.

Penerima geran itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Melano, Lundu: SMK Three Rivers, Mukah; SMK Tunku Abdul Rahman, Universiti Teknologi Swinburne, Kolej Vokasional Kuching, dan Pejabat Pendidikan Daerah Mukah.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah, berkata sejumlah RM455,000 telah diperuntukkan untuk tujuan itu.

“Ini adalah kumpulan pertama dengan jumlah lebih kurang setengah juta. Akan ada lagi kumpulan yang lain nanti.

“Kita biasanya menyediakan kira-kira RM3.5 juta setahun,”katanya pada majlis tersebut di sini hari ini.

Roland Sagah juga meminta penerima geran agar memanfaatkan bantuan itu dengan bijak untuk mencapai objektif program yang telah ditetapkan.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis dan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Adana Jed.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Tahun Ular inspirasi kebijaksanaan, keberanian
Next: Subsidi RAS: Nadi kehidupan komuniti pedalaman Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.