Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga sekeluarga terlibat kemalangan kendiri bernasib baik  
  • KEMALANGAN

Tiga sekeluarga terlibat kemalangan kendiri bernasib baik  

Utusan Sarawak 2 months ago
BANTUAN… Tindakan pantas anggota trafik dan polis Daerah Miri menyelamatkan tiga sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan kendiri di selekoh Jalan Lusut Jaya 5C, semalam.
 

MIRI: Tindakan pantas anggota trafik dan polis Daerah Miri menyelamatkan tiga sekeluarga terperangkap dalam kereta setelah terlibat kemalangan kendiri.

Kejadian berlaku di Jalan Lusut Jaya 5C di sini, ketika pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sedang membuat rondaan ‘Op Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025’.

Menurut kenyataan jurucakap Polis Trafik Daerah Miri, sebuah Perodua Viva dinaiki tiga sekeluarga ditemui dalam keadaan terbalik di bahu selekoh di sepanjang jalan pada 11.30 pagi.

“Kenderaan itu terbabas dan terbalik ketika dalam perjalanan dari Bintulu ke Taman Tunku di sini.

“Pegawai trafik bertindak pantas membantu penghuni keluar dari kenderaan, dan memastikan ketiga-tiga individu tidak mengalami kecederaan serius.

“Ahli keluarga kemudiannya pulang ke rumah dengan bantuan saudara mara,” jelas jurucakap dalam kenyataan, hari ini.

Operasi rutin penguatkuasaan trafik ketika kejadian, diketuai Pegawai Kanan Polis Inspektor G. Visvanathan.

Polis turut menasihatkan mereka yang terlibat membuat laporan mengenai insiden, dan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Oleh Adum Liu

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dalam kemalangan kendiri
Next: Hasrat ibu tunggal, anak perempuan beli barangan Aidilfitri tidak kesampaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.