Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tiga rumah teres dua tingkat terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
  • KEBAKARAN

Tiga rumah teres dua tingkat terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Utusan Sarawak 5 hours ago
PASUKAN BOMBA…..Menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran tiga rumah teres dua tingkat di Jalan Ling Kai Cheng, petang tadi.

SIBU: Tiga rumah teres dua tingkat di Jalan Ling Kai Cheng, di sini telah dilaporkan terbakar, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada 1.46 petang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan BBP Sibu Sentral (Balai Bantuan) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan tiga rumah teres dua tingkat jenis struktur kekal.

“Anggaran peratusan kebakaran rumah pertama sebelah kiri adalah 20 peratus, rumah kedua di tengah 70 peratus dan rumah ketiga di sebelah kanan 20 peratus. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, PKO bertindak melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan teknik offensive dan defensive, satu aliran, dua pancutan 200 kaki hos, dua nozel dan satu cabang pembahagi.

“Anggota pemadaman juga turut melakukan teknik ‘Fire Break’ bagi mengelakkan kebakaran merebak ke rumah sebelah.

“Setelah kerja-kerja overhaul selesai dilakukan dan tiada lagi punca-punca api, komander operasi lapor operasi tamat sepenuhnya pada 2.41 petang,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: BMW musnah dalam kebakaran di Piasau
Next: Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah di Bukit Berangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.