Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tiga rumah terbakar di Kampung Igan, punca masih disiasat
  • KEBAKARAN

Tiga rumah terbakar di Kampung Igan, punca masih disiasat

Utusan Sarawak 16 hours ago

KEBAKARAN…Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran di Jalan Kampung Igan, petang semalam. Foto PGO Bomba Sarawak

MUKAH: Tiga rumah struktur tidak kekal terlibat dalam insiden kebakaran yang berlaku di Jalan Kampung Igan, petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.44 petang sebelum mengerahkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, komander operasi melaporkan sebuah rumah musnah sepenuhnya, manakala dua rumah lain mengalami kerosakan akibat kebakaran sekitar 20 peratus dan 15 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.50 malam dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah pekerja ladang sawit musnah dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.