Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga rumah panjang terputus hubungan akibat banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiga rumah panjang terputus hubungan akibat banjir

Utusan Sarawak 4 months ago

JULAU: Laluan jalan ke tiga rumah panjang di Nanga Serau tidak dapat dilalui akibat dinaiki air, hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, ia adalah laluan jalan ke Rumah Ugap, Rumah Engkiau dan Rumah Steven. 

“Saya bersama dua anggota menjalankan rondaan pemantauan di kawasan tersebut pada 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. 

“Paras air naik dalam anggaran setinggi dua meter bagi kawasan yang dalam,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, setakat ini, tiada panggilan kecemasan melibatkan pemindahan penduduk di kawasan tersebut.

“Keadaan cuaca baik semasa rondaan pemantauan dijalankan. 

“Didapati terdapat penduduk meredah kawasan banjir untuk tujuan ke kebun atau tujuan-tujuan lain,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKM Bahagian Sibu agih 148 bakul makanan
Next: PBSMM sumbang 95 guni pakaian terpakai, dua kotak pelitup muka kepada mangsa banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.