Tiga rumah musnah terbakar di Jalan Kampung Tabuan Melayu

Facebook
WhatsApp
MUSNAH… Kebakaran tersebut menyebabkan dua rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah rumah terjejas 30 peratus. Foto Bomba Sarawak

KUCHING: Tiga rumah jenis separuh kekal di Jalan Kampung Tabuan Melayu, Tabuan Jaya di sini musnah dalam kebakaran petang tadi, namun api berjaya dikawal oleh pihak bomba.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 6.00 petang sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian. Operasi turut dibantu oleh BBP Padungan dan BBP Batu Lintang.

Komander Operasi, PBK II Syamsyul Mustapha melaporkan bahawa kebakaran melibatkan tiga rumah jenis separuh kekal. 

Sebuah rumah berukuran 15×40 kaki, dua tingkat, terbakar 100 peratus, manakala sebuah lagi rumah berukuran 30×40 kaki turut musnah sepenuhnya.

Selain itu, rumah ketiga yang bersaiz 30×40 kaki mengalami kebakaran sebanyak 30 peratus.

“Tindakan pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran dengan empat nozel dari bahagian kiri dan kanan rumah yang terjejas. 

“Sumber air diperoleh daripada pili bomba, selain menggunakan pam angkut bagi melakukan relay pumping untuk memastikan kelancaran operasi pemadaman,” katanya.

PERIKSA… Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan ‘overhaul’ di dalam rumah yang musnah akibat kebakaran tersebut. Foto Bomba Sarawak

Beliau menambah pasukan bomba masih menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’ di lokasi bagi memastikan tiada punca kebakaran semula.

Oleh Amanda L.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis