Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga rumah kedai Pejabat SUPP di Jalan Kampung Nyabor dikembalikan secara rasmi
  • TEMPATAN

Tiga rumah kedai Pejabat SUPP di Jalan Kampung Nyabor dikembalikan secara rasmi

Utusan Sarawak 8 hours ago
PRESIDEN SUPP Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menandatangani Akuan Berkanun berkaitan pemindahan hak milik tanah di Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Sibu, petang tadi.

SIBU: Tiga unit rumah kedai yang menempatkan pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Jalan Kampung Nyabor, akhirnya dikembalikan secara rasmi kepada parti itu selepas melalui proses perundangan sejak 2018.

Ini adalah susulan keputusan Mahkamah Tinggi Sibu yang mengesahkan ketiga-tiga hartanah tersebut adalah milik sah SUPP.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan hartanah berkenaan didaftarkan semula atas nama parti selepas pertikaian pemilikan diselesaikan melalui proses perundangan.

Presiden SUPP Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, petang tadi hadir bagi menandatangani Akuan Berkanun berkaitan pemindahan hak milik tanah.

Menurut Pengerusi SUPP Cawangan Dudong, Wong Ching Yong, kehadiran Dr Sim adalah selaras dengan keperluan undang-undang sebagai Presiden SUPP bagi melengkapkan proses pendaftaran hak milik berkenaan.

“Terdapat perintah mahkamah yang menyatakan bahawa hak milik tanah tersebut adalah milik SUPP dan perlu dipindahkan semula. 

“Oleh itu, pada hari ini Dr Sim hadir untuk menandatangani Akuan Berkanun berkenaan,” jelasnya kepada pemberita selepas majlis tandatangan berkenaan di Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Sibu, petang tadi.

Sementara itu, Dr Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak dalam satu hantaran di Facebook rasminya pada 2 Januari lalu, memaklumkan bahawa tindakan itu dibuat susulan perintah mahkamah yang mengarahkan agar geran tanah tiga hartanah di Kampung Nyabor dipindahkan semula kepada SUPP sebagai pemilik sah.

Kes tersebut berpunca apabila pemegang amanah bangunan berkenaan sebelum ini meninggalkan SUPP dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB), sekali gus menimbulkan pertikaian mengenai pemilikan hartanah berkenaan.

Mahkamah Tinggi pada 2018 memutuskan bahawa ketiga-tiga rumah kedai tersebut adalah milik SUPP dan keputusan itu kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.

Pada Mei 2025, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sibu telah menandatangani borang pemindahan saham (Borang 32A) yang mengesahkan SUPP sebagai pemilik sebenar hartanah berkenaan.

Seterusnya, pada 12 Disember lepas, Memorandum Pemindahan yang ditandatangani oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari SUPP telah dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Survei bagi tujuan pendaftaran akhir hak milik tanah.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Permintaan tinggi, gula apong Kampung Perpat laris di pasaran
Next: MPKS ambil tindakan tegas terhadap kenderaan terbiar di Pasar Sadong Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.