Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiga rakyat Malaysia terjejas banjir di Sumatera disahkan selamat, dua masih hilang
  • NASIONAL

Tiga rakyat Malaysia terjejas banjir di Sumatera disahkan selamat, dua masih hilang

Utusan Sarawak 48 mins ago
SEBUAH kenderaan peralatan berat sedang mengalihkan balak dari kawasan berhampiran rumah penduduk yang rosak akibat banjir kilat di Garoga, wilayah Sumatera Utara pada 4 Disember 2025. Ramalan hujan menimbulkan kebimbangan mengenai lebih banyak kerosakan di Indonesia dan Sri Lanka yang dilanda banjir, selepas hujan lebat sebelum ini telah meragut lebih 1,500 nyawa di empat negara. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar terus memantau perkembangan melibatkan rakyat Malaysia susulan banjir besar dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan di Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara bulan lepas.

Dalam kenyataan mengenai situasi terkini pada Khamis, Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiga rakyat Malaysia berusia antara 63 hingga 64 tahun yang sebelum ini gagal dihubungi sejak 27 November lepas kini telah berjaya dikesan dan dibawa keluar dari kawasan yang terputus hubungan akibat banjir.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Luar berkata mereka telah diterbangkan oleh Tentera Udara Indonesia dari Lapangan Terbang Rembele di Takengon ke Medan dan tiba di Lapangan Terbang Kualanamu petang semalam.

Menurut Wisma Putra, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan sedang mengatur kepulangan mereka ke Malaysia secepat mungkin.

“Bagaimanapun, seorang wanita rakyat Malaysia berusia 64 tahun masih belum dapat dikesan dan usaha mengesan keberadaannya masih diteruskan.

“Rakyat Malaysia yang mempunyai sebarang maklumat bagi membantu pengesanan beliau diminta segera menghubungi Konsulat Jeneral,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Luar memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan seorang lagi rakyat Malaysia, Asrul Nizam Apridwson, 30, yang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat pada 27 November lepas.

Operasi SAR yang memasuki hari ketujuh itu memberi tumpuan di kawasan tebing sungai dan zon tanah runtuh berhampiran Jambatan Kembar.

“Konsulat Jeneral terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia dan memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa yang kini membantu pihak berkuasa tempatan dalam prosedur pengecaman yang diperlukan,” menurut Wisma Putra.

Sementara itu, Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas di Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh agar sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan ramalan cuaca tempatan dan mematuhi semua arahan pihak berkuasa Indonesia.

“Keluarga di Malaysia yang gagal menghubungi ahli keluarga mereka di kawasan terjejas diminta menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan boleh dihubungi melalui  talian +62 823-6164-6046 , yang beroperasi secara 24 jam atau e-mel kepada mwmedan@kln.gov.my.- Bernama

Continue Reading

Previous: MCMC bangunkan 10 perundangan lindungi kanak-kanak dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.