Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga projek RTP siap, komuniti luar bandar Sarikei terima manfaat
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiga projek RTP siap, komuniti luar bandar Sarikei terima manfaat

Utusan Sarawak 14 hours ago
SAKSI….Kapitan Ling Dien Yong selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyaksikan penyerahan tapak projek RTP yang telah siap.

SARIKEI: Komitmen kerajaan dalam memperkasakan kemudahan luar bandar terus diperkukuh apabila tiga projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang telah siap sepenuhnya diserahkan kepada komuniti setempat, hari ini.

Penyerahan tapak projek tersebut disaksikan oleh Kapitan Ling Dien Yong yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

Projek pertama melibatkan pembinaan tembok penahan (gabion wall) dan parit baharu di Rumah (Rh) Sigan Kiam, Ulu Minus yang bertujuan mengatasi masalah hakisan serta melancarkan sistem saliran bagi keselesaan penduduk.

Di Rumah Buni Bajau di Sare pula, kerja penutupan parit dan pembinaan lantai simen telah berjaya disiapkan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan laluan keluar masuk penduduk rumah panjang.

Masjid Nur Permai turut menerima manfaat menerusi pembinaan bangunan koperasi baharu, pembinaan pentas dan tiang sepanduk, laluan khas Orang Kurang Upaya (OKU) serta naik taraf tandas wanita untuk kemudahan jemaah dan masyarakat setempat.

Menurut Tiong Sii, pelaksanaan projek RTP ini membuktikan keprihatinan berterusan terhadap keperluan rakyat di akar umbi, khususnya dalam menyediakan infrastruktur asas yang lebih selamat dan kondusif.

“Kerajaan Sarawak komited untuk terus menyalurkan projek yang menyentuh keperluan sebenar rakyat. 

“Setiap projek RTP ini adalah hasil maklum balas penduduk sendiri yang kami angkat dan realisasikan,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, keutamaan beliau adalah memastikan setiap komuniti, termasuk di kawasan luar bandar tidak tercicir dalam arus pembangunan negeri dan negara.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Jiwa Komuniti MADANI wadah perkongsian suara rakyat
Next: Kempen Derma Darah akan diadakan di BBP Bintangor Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.