Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga projek perumahan ‘sakit’ di Kuching siap sepenuhnya, pembeli rumah lega
  • Selatan
  • WILAYAH

Tiga projek perumahan ‘sakit’ di Kuching siap sepenuhnya, pembeli rumah lega

Utusan Sarawak 16 hours ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee dalam kenyataan media hari ini berkata, lawatan tapak telah diadakan semalam untuk menyempurnakan penyerahan Permit Menduduki (Occupation Permit, OP) kepada pemaju yang terlibat. Foto UKAS


KUCHING:
Tiga projek perumahan yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai projek ‘sakit’ akhirnya siap sepenuhnya selepas mengalami kelewatan bertahun-tahun, sekali gus membawa kelegaan besar kepada para pembeli yang terjejas.

Tiga projek berkenaan ialah Taman Millennium dan Taman Greenwoods di Matang serta Fu Yu Garden di Jalan Batu Kawah.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee dalam kenyataan media hari ini berkata, lawatan tapak telah diadakan semalam untuk menyempurnakan penyerahan Permit Menduduki (Occupation Permit, OP) kepada pemaju yang terlibat.

Katanya, projek Taman Millennium yang sepatutnya disiapkan pada 2020, mengalami kelewatan selama lima tahun sebelum akhirnya menerima OP yang dikeluarkan oleh MPP pada 25 Julai 2025.

Sementara itu, projek Taman Greenwoods turut menerima OP pada 21 Julai 2025 yang diberikan secara berperingkat bagi 31 unit rumah satu tingkat jenis teres dan berkembar.

“Beberapa unit telah diserahkan kepada pemilik masing-masing setelah projek itu tertangguh selama lapan tahun.

“Kerja-kerja pembaikan bagi unit yang belum lengkap kini sedang giat dijalankan dan dijangka siap dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Bagi projek Fu Yu Garden di Jalan Batu Kawah, OP telah dikeluarkan pada 1 Ogos 2025, menandakan siapnya projek yang tertangguh lebih dua tahun daripada jangkaan asal iaitu pada 2022.

Beliau menegaskan komitmen kementerian untuk terus membantu menyelesaikan isu projek perumahan bermasalah agar pembeli dapat menikmati kediaman yang selamat, selesa dan terlindung.

Turut hadir Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), pegawai-pegawai kementerian dan MPP serta pembeli-pembeli rumah. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ketua JKKK diingatkan tuntut elaun mesyuarat
Next: Sambutan Hari Wanita Limbang meriah, tekankan prinsip D2EI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.