Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga Projek Mesra Rakyat di Parlimen Sarikei siap sepenuhnya
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiga Projek Mesra Rakyat di Parlimen Sarikei siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 2 days ago
LAWATAN PROJEK SIAP….Kapitan Ling Dien Yong selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menjalankan lawatan tapak ke projek siap.

SARIKEI: Tiga projek di bawah inisiatif Projek Mesra Rakyat (PMR) bagi Parlimen Sarikei telah siap sepenuhnya, baru-baru ini. 

Hadir bagi mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii untuk lawatan tapak ke projek siap tersebut ialah Kapitan Ling Dien Yong. 

Tapak projek yang telah siap tersebut adalah pembinaan jalan simen baharu, binaan pondok rehat dan kerja pembersihan kawasan perkuburan Kwong Fu, Jalan Ranyon. 

Turut siap sepenuhnya adalah kerja menaik taraf sistem pendawaian Rumah (Rh) Sabah Sawong di Selangan dan di Rh Tlajan Lat, Jalan Kim San. 

Tiong Sii berkata, pembangunan yang menyentuh keperluan asas rakyat akan terus diberi keutamaan, terutamanya melibatkan kebajikan, keselamatan dan keselesaan penduduk luar bandar.

“Projek-projek seperti ini mungkin kelihatan sederhana, tetapi impaknya besar kepada komuniti.

“Inisiatif ini adalah tanda komitmen kerajaan untuk tidak meminggirkan mana-mana kawasan,” katanya ketika dihubungi. 

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak pelaksana serta komuniti yang memberikan kerjasama baik sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan saya akan terus berusaha membawa lebih banyak projek pembangunan menyeluruh di Parlimen Sarikei dan DUN Repok,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pusat Komuniti Taman Hui Sing jadi ikon baharu bandar sihat Kuching
Next: 37 rumah di Kampung Yoh nikmati bekalan air bersih melalui sistem telaga tiub

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.