Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga pertubuhan Gereja St Luke terima peruntukan MRP berjumlah RM11,000
  • Selatan
  • WILAYAH

Tiga pertubuhan Gereja St Luke terima peruntukan MRP berjumlah RM11,000

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis menyampaikan cek MRP kepada tiga pertubuhan untuk Gereja St Luke, Sri Aman di sini, semalam. -Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Tiga pertubuhan di bawah Gereja St Luke, Sri Aman telah menerima peruntukan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM11,000 dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di sini, semalam.

Tiga penerima tersebut ialah Parochial Church Committee (PCC) berjumlah RM5,000, Persekutuan Wanita Anglikan (RM3,000) dan Persekutuan Belia Anglikan (RM3,000).

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis berkata, peruntukan itu adalah sumbangan daripada kerajaan negeri melalui wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Peruntukan MRP ini bertujuan membantu membiayai pelaksanaan aktiviti pertubuhan demi manfaat masyarakat setempat. Ia perlu diurus secara berhemah dan dimanfaatkan untuk penganjuran program melibatkan komuniti,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dana MRP bukanlah hak individu, sebaliknya hasil usaha kerajaan GPS untuk dikongsi bersama dan digunakan secara telus.

“Kita tidak mahu selepas dana disalurkan, tiada laporan atau aktiviti dijalankan seperti dirancang. Laporan pelaksanaan sangat penting bagi memastikan akauntabiliti,” tegasnya.

Arcdeacon Tony Jilat George, Vicar Gereja St Luke hadir menerima cek peruntukan tersebut disaksikan Sub Deacon Walter Punan Jaong dan Agnes Insat.

 Turut hadir Kapitan Ling Siew Hung dan Kaunselor Dilang Jungai.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen Internet Selamat perkasa Komuniti MADANI tangani ancaman siber
Next: Komuniti MADANI pemangkin perpaduan, warisan di Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.