Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga pendaki wanita sesat di Bukit Kanada berjaya diselamatkan
  • Utara
  • WILAYAH

Tiga pendaki wanita sesat di Bukit Kanada berjaya diselamatkan

Utusan Sarawak 23 hours ago
DITEMUI…Tiga pendaki wanita yang dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di kawasan hutan Bukit Kanada di Miri petang tadi berjaya ditemui selamat oleh pasukan bomba. Foto: BBP Miri Sentral.

MIRI: Tiga pendaki wanita yang dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di kawasan hutan Bukit Kanada di sini, petang tadi, berjaya ditemui dengan selamat oleh pasukan bomba.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.28 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, jentera pertama tiba di lokasi pada 6.31 petang, iaitu sekitar empat kilometer dari balai.

“Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati tiga mangsa wanita berusia lingkungan 30-an dipercayai tersesat selepas gagal keluar ke pos pemeriksaan (checkpoint) seperti dijadualkan.

“Maklumat awal diterima daripada rakan mangsa yang menyedari ketiga-tiga mereka tidak muncul di ‘checkpoint’ keluar.

“Pasukan operasi kemudian melakukan penjejakan sebelum menemui mangsa,” katanya.

Pasukan bomba berjaya menemui ketiga -tiga mangsa dan mengiringi mereka turun ke pos pemeriksaan (checkpoint) pertama.

“Mereka berjaya dibawa keluar dalam keadaan selamat pada 6.54 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.37 malam,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: APM Saratok laksana pemantauan Monsun Timur Laut, paras air terkawal 
Next: Warga emas hilang 24 jam ditemui selamat setelah mengekori ‘wanita cantik’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.