TIGA pemain sah mengikat kontrak bersama Kuching City FC (KCFC) bagi mengharungi Liga Malaysia bagi musim 2021 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Tiga pemain yang menandatangani kontrak bersama KCFC ialah Aylton Ferreira Ananias, Mohammad Rafiq Shah Mohammad Zaim dan Muhammad Badrul Amin Hamid.
Ketiga-tiga mereka baru sahaja selesai menjalani tempoh kuarantin selepas tiba di Kuching pada dua minggu lepas.
Majlis tandatangan kontrak telah berlangsung pada pagi semalam yang disaksikan oleh Pengerusi KCFC Fazzrudin Abdul Rahman seterusnya disahkan menjadi pemain KCFC pada musim 2021.
Aylton merupakan pemain pertahanan dari Brazil dan bekas tonggak pertahanan utama di Kelantan United FC pada musim lalu dan semestinya kehadiran beliau akan memperkemaskan benteng pertahanan KCFC untuk bersaing dalam liga.
Manakala Rafiq dan Badrul merupakan pemain muda yang beraksi dengan pasukan UKM pada musim lepas yang masing-masing beraksi di posisi sayap dalam mempertajamkan jentera serangan.
Oleh ASYRAF HALIM