Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tiga pelajar UTM cipta mesin pencetak layan diri 24 jam
  • PENDIDIKAN

Tiga pelajar UTM cipta mesin pencetak layan diri 24 jam

Utusan Sarawak 1 day ago
KETUA Pegawai Eksekutif Uninet Teknologi Enterprise Fikri Akmal Aizuddin Bahrim (kanan) dan Ketua Pegawai Teknologi Uninet Teknologi Enterprise Iqmal Aizat Mohd Zamri menunjukkan mesin percetakan PrinTEX, sebuah sistem kiosk percetakan kendiri 24 jam hasil inovasi pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Solusi ini membolehkan pelajar dan kakitangan mencetak dokumen dengan mudah, tanpa perlu beratur atau bergantung kepada waktu operasi kedai. Dibangunkan oleh tiga pelajar daripada Fakulti Komputeran dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, PrinTEX menggunakan teknologi produk inovasi berasaskan Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI). Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Segalanya bermula daripada satu masalah yang nampak remeh, ingin mencetak tugasan pada waktu malam atau hari cuti umum, namun kebanyakan kedai percetakan tutup awal atau tidak beroperasi pada waktu tertentu. 

Situasi itu mendorong tiga sekawan, yang juga pelajar Fakulti Komputeran dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini mewujudkan kios percetakan yang dinamakan PrintTEX, sekali gus membolehkan tugasan diberikan pensyarah dicetak tanpa mengira waktu.

Menerusi syarikat teknologi pemula Uninet Teknologi Enterprise, kumpulan pelajar terdiri daripada Fikri Akmal Aizuddin Bahrim, 23, selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Iqmal Aizat Mohd Zamri, 23, (Ketua Pegawai Teknologi) dan Low Lie Xin, 25, (Ketua Pegawai Operasi) mula mengoperasikan mesin itu pada Disember 2023. 

KETUA Pegawai Teknologi Uninet Teknologi Enterprise Iqmal Aizat Mohd Zamri menunjukkan mesin percetakan PrinTEX, sebuah sistem kiosk percetakan kendiri 24 jam hasil inovasi pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Solusi ini membolehkan pelajar dan kakitangan mencetak dokumen dengan mudah, tanpa perlu beratur atau bergantung kepada waktu operasi kedai. Dibangunkan oleh tiga pelajar daripada Fakulti Komputeran dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, PrinTEX menggunakan teknologi produk inovasi berasaskan Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI). Foto BERNAMA

Fikri Akmal Aizuddin, yang juga pelajar tahun akhir jurusan Komputer Sains di Fakulti Komputeran UTM berkata mesin berkenaan turut dibangunkan bersama aplikasi mudah alih PrinTEX bagi khidmat cetakan secara ‘on demand’, dengan sekeping cetakan hitam putih berharga 20 sen, manakala cetakan berwarna 45 sen.

“Aplikasi mudah alih PrinTEX juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik seperti pengguna dapat mengetahui lokasi PrinTEX berhampiran, muat naik dokumen dan pembayaran secara dalam talian menerusi aplikasi PrinTEX.

“Melalui PrinTEX yang berasaskan Internet benda (IoT), pengguna hanya perlu memasang aplikasi mudah alih, memuat naik dokumen dan membuat pembayaran minimum RM3 dan seterusnya, pengguna hanya perlu hadir ke kios dan mengimbas kod respons pantas (QR) untuk mencetak dokumen serta-merta,” katanya kepada Bernama di sini. 

KETUA Pegawai Eksekutif Uninet Teknologi Enterprise Fikri Akmal Aizuddin Bahrim menunjukkan cara penggunaan PrinTEX. PrinTEX, sebuah sistem kiosk percetakan kendiri 24 jam hasil inovasi pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Solusi ini membolehkan pelajar dan kakitangan mencetak dokumen dengan mudah, tanpa perlu beratur atau bergantung kepada waktu operasi kedai. Dibangunkan oleh tiga pelajar daripada Fakulti Komputeran dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, PrinTEX menggunakan teknologi produk inovasi berasaskan Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI). Foto BERNAMA

Fikri Akmal Aizuddin berkata pada awalnya mereka membangunkan prototaip asas atau produk berdaya maju minimum (MVP) pada Ogos 2023 menggunakan dana sendiri melibatkan kos pembangunan, perkakasan seperti pencetak, sistem storan dan komponen elektronik lain.

UTM Centre for Student Innovation and Technology Entrepreneurship, katanya memberi sokongan penuh sehingga mereka menerima dana RM30,000 daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bagi membantu dalam pembangunan sistem, dokumentasi dan proses pendaftaran syarikat.

KETUA Pegawai Eksekutif Uninet Teknologi Enterprise Fikri Akmal Aizuddin Bahrim menunjukkan Kod QR yang perlu diimbas untuk menggunakan PrinTEX. PrinTEX, sebuah sistem kiosk percetakan kendiri 24 jam hasil inovasi pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Solusi ini membolehkan pelajar dan kakitangan mencetak dokumen dengan mudah, tanpa perlu beratur atau bergantung kepada waktu operasi kedai. Dibangunkan oleh tiga pelajar daripada Fakulti Komputeran dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, PrinTEX menggunakan teknologi produk inovasi berasaskan Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI). Foto BERNAMA

“Seluruh sistem ini daripada aplikasi, platform integrasi dengan mesin, konfigurasi pencetak dan pengurusan pembayaran kami bangunkan sendiri. Tempoh penyelidikan dan pembangunan mengambil masa sekitar enam bulan sebelum satu unit mesin berjaya dikeluarkan dalam masa satu hingga dua bulan,” katanya.

Setakat ini, mereka memiliki dua kios percetakan di dalam kampus UTM Skudai iaitu di Bilik Belajar 24 jam, Perpustakaan Sultanah Zanariah dan di Arked Lestari, manakala di luar Johor di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya. 

Syarikat itu juga menerima pelawaan daripada dua institusi pengajian tinggi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berminat untuk disediakan satu ruangan untuk PrinTEX.– Bernama

Continue Reading

Previous: Platform penting bina keyakinan diri
Next: ADUN Tamin umum peruntukan RM330,000 perkukuh pendidikan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.