Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tiga pelajar tabika kemas wakil Malaysia ke STEAMCUP Asia 2026 di Hanoi
  • PENDIDIKAN

Tiga pelajar tabika kemas wakil Malaysia ke STEAMCUP Asia 2026 di Hanoi

Utusan Sarawak 16 hours ago
POSTER STEAMCUP Asia di Hanoi, Vietnam.

PUTRAJAYA: Tiga kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terpilih mewakili negara ke pertandingan robotik antarabangsa STEAMCUP Asia 2026 di Hanoi, Vietnam yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Pengarah KEMAS Datuk Mohd Hanafiah Man berkata mereka adalah Gibran Abbas Syafiq Syazuan dan Haura Mireille Muhamad Khairnaz dari Tabika KEMAS Taman Rambai Indah, Selangor serta Mikayla Humaira Mohd Hamza dari Tabika KEMAS Bunga Rafflesia, Putrajaya.

Beliau berkata buat julung kalinya kanak-kanak dari Tabika KEMAS menyertai pertandingan robotik di luar negara.

“Penyertaan KEMAS dalam pertandingan ini adalah selari dengan Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS 2023 hingga 2032 yang bertepatan dengan agenda pendidikan nasional melalui Dasar Pendidikan Digital.

“Usaha ini adalah komitmen KEMAS dalam menyediakan kanak-kanak kepada ekosistem pembelajaran masa hadapan yang lebih digital, inklusif dan berdaya saing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hanafiah berkata delegasi KEMAS yang dijadualkan bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat ini turut disertai dua guru pengiring.

Pertandingan anjuran Jawatankuasa Penganjur STEAMCUP Asia dan STEAM Cup Vietnam 2026 itu menghimpunkan 201 peserta dari negara serantau termasuk Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

Pada kejohanan sama di Kuala Lumpur tahun lepas, 11 kanak-kanak Tabika KEMAS telah mengambil bahagian dengan enam daripadanya muncul juara manakala lima lagi meraih tempat kedua dan ketiga. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kementerian Pendidikan komited terus sokong pelajar tingkatan enam – Fadhlina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.